Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Tuesday, November 3, 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam proses p&p di sekolah. Ia merupakan aktiviti sistematik yang dilakukan sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan meningkatkan amalan pengajaran seseorang guru dan meningkatkan minat terhadap pembelajaran pelajar. Proses kajian ini mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan melibatkan proses mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. terhadap tindakan dan kesannya ke atas pelajar dari segi tingkah laku atau peningkatan prestasi pelajar.


McNiff (1988) mentafsirkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.


Menurut Kemmis dan Mctaggart (1998),kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri seperti guru dan pendidik sebagai penyelidik melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.


MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pada asasnya Kajian Tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan yang melibatkan empat peringkat ( Merancang, Bertindak, Memerhati dan Mereflek ) iaitu:
Proses 1 : Merancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan. Menentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa pelaksanaan bagi menangani masalah yang dikenalpasti. Memastikan langkah-langkah dan bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti ( contoh: menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan )

Proses 2 : Menentukan langkah dan cara penilaian aktiviti yang akan dijalankan.( contoh: cara penilaian – pemerhatian, kumpulan sasar – pelajar, guru ). Analisa keputusan / dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Proses 3 : Bertindak ( melaksanakan rancangan ) proses menjalankan kajian tindakan.Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.

Proses 4 : Memerhati ( mengumpul bukti ).Pengumpulan maklumat boleh dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian dan latihan serta analisis dokumen.

Proses 5 : Mereflek ( analisa dan refleksi ).Refleksi adalah untuk mentafsir kemahiran mengajar guru dan mempertingkatkannya. Hasil daripada refleksi, guru akan mendapat kefahaman baru, kesedaran, keinsafan, perubahan tanggapan, perubahan amalan dan mempertingkatkan profesionalisme keguruan.

Contoh model yang boleh digunakan:


JENIS-JENIS MODEL KAJIAN TINDAKAN

  1. Model kajian tindakan Kurt Lewin
  • Digunakan apabila masalah kajian telah diketahui
  • Tindakan biasa/ Situasi isu sekarang/ Asal usul perkara/bacaan

  • Perancangan/ Rancangan tindakan/ Pelan/ Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen/ Semasa menjalankan tindakan

  • Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ Huraian dapatan dalam jadualRefleksi/ perbincangan dapatan/ Isu-isu yang didapati/ sumbangan hasil

2. Model kajian tindakan Stephin Kemmis

  • Digunakan apabila masalah tidak diketahui.

  • Fokus/ isu/ perkara yang membangkitkan/ ingin melihat

  • Pelaksanaan rancangan/ tindakan/ eksperimen

LINGKARAN 2:

i. Perancangan/ rancangan tindakan masalah baik isu yang dipilih

ii. Pelaksanaan/ Tindakan/ eksperimen/ semasa menjalankan tindakan

iii. Perhatian/ dapatan data kajian/ kiraan statistik/ huraian dapatan

iv. Refleksi/ perbincangan dapatan/ isu-isu yang dibaiki

3. Model kajian tindakan John Elliot


  • Digunakan untuk untuk membuktikan sesuatu teori/ Model. Biasa digunakan oleh doktor perubatan.

  • Tajuk kajian

  • Latar belakang kajian

  • Kenalpasti idea/ Fokus/ Masalah kajian/ Teori

  • Tinjauan : Cara fakta dan analisis kenyataan

  • Perancangan Tindakan : Tindakan 1, Tindakan 2, Tindakan 3 dan Tindakan 4.

4. Model Gelungan Skema Tindakan


5. Model Gelungan Skema Generatif



6. Model Conzenius & O'Neill 2002

1 comments:

asmaj anna said...

Tq byk membantu saya menyelesaikan kajian

Post a Comment